Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi diasaskan pada tahun 2001 di kawasan seluas 5 hektar. Sekolah ini letaknya di km 1.5, Jalan Raja Syed Alwi. Sekolah ini dibangunkan untuk menampung kesesakkan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis, Sekolah Kebangsaan Sena serta Sekolah Kebangsaan Utan Aji.

Nama sekolah ini adalah sempena dengan jalan utama di hadapan sekolah yang menghubungkan Kangar ke Kuala Perlis.Murid-murid SK Jalan Raja Syed Alwi datangnya dari Kampong Guar Syed Alwi, Kampong Sungai Bakong, Kampong Behor Gandil, Kampong Guar Utan Aji, Taman Kemajuan, Taman Jali, Taman Bahagia dan Taman Sentua.

Guru Besar pertama di sekolah ini ialah En Kholim bin Yob yang bertugas sehingga tahun 2006. Ini diikuti oleh Pn Rokiah bt Othman yang bertugas sehingga tahun 2008. Seterusnya En Rusli bin Darus sehingga awal tahun 2009. Seterusnya En Rahim bin Hassan sehingga 2012. Selepas itu Tengku Zakiah Tengku Din sehingga 2014. Pada tahun 2015 Pn.Che Rahmah   Othman .Seterusnya En. Azhar bin Darus sehingga tahun 2016. Sterusnya pada bulan Februari 2017 En. Redzuan bin Ahmad sehingga Disember 2017. Terkini Puan Muainah Binti Ismail telah dilantik sebagai Guru Besar SK Jalan Raja Syed Alwi mulai 1 Jannuari 2018 sehingga sekarang.

Dalam bidang Kokurikulum, sekolah ini sentiasa memberikan komitmern yang serius dalam penyertaan serta aktiviti di peringkat Kawasan Pendidikan dan negeri. SK Jalan Raja Syed Alwi pernah melahirkan murid-murid yang berketrampilan dalam bidang sukan, sahsiah serta kebudayaan ke peringkat negeri Perlis. Murid-murid sekolah ini juga telah terpiih untuk mewakili negeri Perlis ke Peringkat Negara dalam bidang Kebudayaan. Sofbol merupakan sukan yang sangat popular di sekolah ini dengan sebahagian besar murid yang bertanding di peringkat MSSM (B12) adalah murid dari sekolah ini.